Fuh!! Terkejut dengar berita ni tadi. Gila babas punya isu ni. Mesti diambil berat oleh pihak berkuasa. Takkan isu piracy boleh letak sebagai kes jenayah berat, isu ni nak pejam sebelah mata kan?
KUALA LUMPUR – Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.
Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan ‘assault rifle’ dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.
Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.
Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.
Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.
Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 ‘likes’ di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.
Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.
Semoga pihak berkuasa memandang serius akan hal ini. Tak hairan lah boleh kata hari-hari ada sahaja kes tembakan yang berlaku di Malaysia. Senjata api sangat mudah didapati. Selain tu, kawalan ketat di sempadan Malaysia dan negara lain juga harus diperketatkan kerana diberitakan banyak senjata api diseludup masuk dari negara luar. Semoga Malaysiaku aman sejahtera