Wanita Punggong Lebar Jadi Rebutan.

Babi De Edwards
Seorang wanita Amerika, Babi De Edwards mendakwa dia pemegang rekod dunia sebagai wanita yang mempunyai punggong terlebar di dunia.

Walaupun mempunyai punggong yang tersangatlah lebar, wanita yang digelar “Barbie” itu tidak berasa malu kerana dengan punggong yang lebar itulah beliau menjana pendapatan sebanyak US28,000 hanya pada setengah tahun ini.


Pada mulanya dengan berat 226kg., beliau mengalami bermacam-macam masalah tetapi sejak enam bulan yang lepas hidupnya berubah apabila beliau menyertai satu aktiviti yang dinamakan “Size beauty night,” yang telah diadakan di Las Vegas dan kini beliau telah menjadi rebutan syarikat modeling yang sanggup membayar beliau untuk menjadi model syarikat mereka.