Jika berlakunya kemalangan jalan raya, bahagian sisi hadapan kereta kebiasaanya akan mengalami hentakan dan mengakibatkan kereta mudah kemek. Tahukah anda ia merupakan salah satu sistem yang dikenali sebagai crumple zone.
Kenapa Kereta Sekarang Mudah Kemek? | Banyak yang bertanya, marah, ada juga yang mengamuk bila kereta kemek, kan?Memang mahal kos bagi membaiki kenderaan kemek. Tapi, kita juga perlu sedar bahawa nyawa adalah anugerah yang paling bernilai. Kita ada insuran untuk kos membaiki kenderaan, tapi tidak nyawa. Jika dilihat, pembuatan kereta pada zaman 90-an seperti proton saga, bahagian bumper hadapan pun turut menggunakan besi aluminium. Tetapi kini, untuk mengurangkan kos, Proton telah menggunakan bahan fiber dan apabila berlakunya hentakan, bumper tersebut akan pecah seakan-akan plastik keras.
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan.
Contoh ujian yang dapat dilakukan bagi membuktikan teori ini adalah denganmenghentak tangan anda kepada tilam spring dan kayu. Sudah pasti menghentak tangan pada kayu adalah menyakitkan daripada memukul tilam bukan? Dalam kes ini, tilam telah menyerap semua tenaga dengan “mengemekkan” dirinya. Jangan cuba menghentakkan tangan pada kayu.
Melayukini.net - Admin dulu pernah mengalami kemalangan yang mana kereta telah melanggar bumper kereta di hadapan. Maka, berlaku satu hentakan kuat dan mengakibatkan kereta menjadi kemek. Cuma seperti artikel di atas sebut, ia adalah bertujuan untuk mengurangkan dan menyerap tenaga hentakan.
Sumber: Info Kenderaan | Koleksi Automatif Melayukini.net