Respek! Komen Lin Dan Apabila Lee Chong Wei Tercedera Semasa Menentangnya


Pada Final Super Series 2013 di China, Lee Chong terpaksa menarik diri pada hujung set ketiga ketika menentang lawan seterunya Lin Dan. Lin Dan telah muncul juara dan telah memberi komen yang kita semua patut respek:

“Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Chong Wei kerana kami sudah memberi aksi terbaik untuk penonton. Ketika saya mendahului 19-16, dia mula mengalami kekejangan otot dan saya bertanya kepadanya apa yang berlaku dan ketika itu saya sudah tidak fikir yang kami ini adalah lawan.


“Saya tahu dia tidak mahu menyerah kalah tetapi nasib tidak menyebelahinya. Saya berterima kasih kepadanya kerana menjadi lawan yang membuatkan bermotivasi tinggi mempamerkan aksi terbaik,” - Lin Dan.