Artis Lelaki Digilai Ramai Wanita Pengotor? Siapakah?

BERFIKIR panjang CAK sebelum menulis kisah disampaikan seorang teman yang bekerja sebagai kru sebuah drama. Kisah disampaikan macam tak logik tapi itulah hakikatnya, malah menjadi buah mulut beberapa lagi kru. Ceritanya mengenai seorang aktor muda yang menjadi kegilaan ramai. Kalau CAK sebut namanya pasti ramai mengurut dada sebab pada zahirnya dia kacak, kemas dan bergaya. Dalam dia rupa-rupanya dia menyimpan ‘khazanah’ yang meloyakan. Dia yang berambut panjang paras bahu tidak tahu menjaga kebersihan diri. Bukan lagi isu ketiak busuk atau badan berbau, tapi rambut aktor ini busuk! Khabarnya, seorang jurusolek yang mendandan aktor ini di lokasi drama nak termuntah berdepan bau kurang menyenangkan itu. Nampak cantik tapi baunya ya ampun... macam tak pernah basuh.

Kembang kuncup lubang hidupnya menahan bau. Kalau tak mengenangkan air muka pelakon itu, sudah lama dia muntah hijau. Nak tak nak, dia terpaksalah berhempas-pulas menyembur minyak wangi dan ubat rawatan rambut bagi memastikan aroma rambut aktor itu tidak mengganggu deria bau pelakon lain. Maklumlah, dalam drama itu aktor ini memegang watak sebagai ‘romeo’ yang banyak babak berpeluk dengan pelakon jelita. Kalau ada yang pengsan nanti, tak pasal-pasal penggambaran terpaksa ditunda. Ada juga yang cuba menegur tabiat pengotornya tapi aktor ini tidak makan saman. Dia langsung tak ambil peduli kerana baginya, dia popular dan ramai wanita tergila-gilakannya. Barangkali deria bau pelakon ini bermasalah, sebab itu dia tidak dapat mengesan bau busuk yang menggelikan itu.

Teman sekerja CAK tidak sabar-sabar mengatur fotografi dengan aktor ini untuk mendapatkan kesahihan cerita yang CAK dengar. Kalau betul rambutnya berbau, teman CAK bersiap nak pakai topeng pernafasan supaya dia terasa.
Kredit: CAK

Berikut aku tepekkan beberapa gambar aktor-aktor yang berambut paras bahu? Anda tekalah sendiri? huhu...

Farid Kamil

Saiful Gambit


Joey (Adakah digilai ramai...rasanya watie jer kot!)

Iqram Dinzly




Sumber : http://
bit.ly/16x6bw5