Sekitar pada minggu lalu, industri hiburan tanah air dikhabarkan dengan berita aktor kacak, Fizo Omar bakal bertunang dan tanda tanya mengenai siapakah bakal tunang kepada aktor ini juga sudah terjawab.
Menerusi laporan Utusan, pelakon ini mengakui bahawa Mawar Abdul Karim yang juga selaku model tudung jenama Fareeda itu menepati ciri-ciri sebagai calon isteri yang dicari selama ini.
“Sepanjang perkenalan kami, Mawar begitu menyenangkan saya dan keluarga. Malah, ibu saya juga sangat sayangkan Mawar.”
“Saya harap semua pihak mendoakan agar dia memang menjadi jodoh saya dan kami akan bergelar suami isteri,” katanya.