Jabatan Agama Islam Negeri Perlis digesa bertindak segera menahan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita, sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya.“Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam.“Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, hanya jabatan itu yang terletak di bawah pemerintahan negeri mempunyai kuasa berbuat demikian, malah bertanggungjawab membendung masalah sosial kalangan umat Islam.
“Kita tak boleh membiarkan perkara begini. Dia sudahlah berperwatakan wanita, mengaku dirinya perempuan, ada pula lelaki yang kata sanggup ikut ke mana saja walaupun diri sakit akibat disimbah asid.
“Hubungan sejenis begini bukan suatu yang dibenarkan dalam Islam...haram, bukan budaya kita pun untuk diikut. Kalau tidak bertindak kita membiarkan perkara ini berlaku dengan lebih teruk lagi.
“Jadi saya minta Jabatan Agama Islam Negeri, mengambil tindakan yang tegas kerana jika tidak kita akan dilihat seperti mengiktiraf mereka (dan hubungan songsang yang terjalin),” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar mengenai mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, yang tetap berkeras untuk hidup bersama Natasya meskipun banyak halangan terpaksa ditempuh termasuk dia kini di bawa pergi ahli keluarganya. - Metro
Hahahaha baru nak berbunyi ke? Tak silap aku dah 3 4 hari keluar cerita pasal pondan ni. Tapi kenapa takde seorangpun pegawai agama yang berbunyi. Lepas ni aku nak tengok pulak adakah orang pejabat agama negeri Perlis ni buat kerja. Ataupun masih duduk goyang kaki tunggu duit gaji masuk tiap tiap bulan.