Neelofa Buat Pembedahan Buang Parut Di Dahi


Diva melalui ruangan hiburan Kosmo! menulis, cek mek molek Kelate, Neelofa telah membuat pembedahan membuang satu parut yang ketara pada dahinya.
Difahamkan parut itu terjadi akibat daripada terjatuh ketika Neelofa masih kecil dan tidak dapat di sembunyikan walaupun dengan solekan tebal.
Neelofa dikatakan membuat pembedahan sebelum raya Aidilfitri baru-baru ini dan terpaksa beraya dengan muka bertampal.
Patut lah kami tidak dengar cerita raya Neelofa walaupun sudah masuk raya ke-8. Tidak mahu orang tengok muka bertampalnya mungkin.