‘KALAU ADA JODOH, SAYA TAK MENOLAK’ – AKIM AKUI SAYANG STACY?

  • 50E
Akim dan Stacy pernah menafikan gosip percintaan mereka. Namun demikian, hubungan yang ‘sangat rapat’ yang terjalin antara mereka sering mengundang tanda-tanya. Bagaimanapun, kemesraan yang terjalin antara mereka sejak setahun lalu seolah-olah mengukuhkan lagi khabar angin, hubungan mereka lebih dari sekadar teman biasa.
Tambahan pula, sejak kebelakangan ini Akim kerap juga berkongsi di laman Instagram beberapa gambar dia mendukung anak kecil yang diberi nama Bella Valentina iaitu anak angkat Stacy. Malah kanak-kanak itu memanggil Akim dengan panggilan “daddy”?
Walaupun gosip mereka semakin menebal, Akim tetap tenang menjawab pertanyaan media. Baginya, dia sudah lali dengan gosip percintaannya ini dan dia mengakui hubungannya dengan Stacy memang rapat namun tidak lebih dari ‘kawan baik’.
“Kami kawan. Memang kami rapat. Kami kawan baik. Isu ni dah lama cuma sekarang ia jadi lebih besar sebab ramai orang dah tengok kat Instagram. Bagi saya semua gambar-gambar sekadar kami suka-suka. Kami berdua ni memang kepala giler-giler. Macam baru-baru ni, saya main game dengan Bella kat rumah Stacy. Ada orang ingat saya saya seorang di rumah Stacy. Walhal, saya sebenarnya tolong dia pindah rumah dan keluarga dia pun turut ada sama. Sebenarnya kalau kawan lain pindah pun, kalau saya ada lapang saya akan tolong. Hari tu Hafiz (Suip) pindah pun saya tolong. Bezanya mungkin sebab Stacy perempuan”, jelasnya dipetik dari Malaysian Digest.
Tambah Akim, dia juga sudah mengenali keluarga Stacy dan menyifatkan keluarga Anam sebuah keluarga yang baik dan sangat mesra. Begitu juga dengan Stacy dan sudah pun berkenalan dengan keluarganya. Malah tahun lalu gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, itu pernah ke bertandang ke rumahnya di Johor Bahru dan menyambut hari raya Aidilfitri bersama.
Mengulas pula mengenai panggilan daddy oleh Bella terhadapnya, Akim mengakui hanya dia seorang saja kawan lelaki Stacy yang mendapat panggilan manja sebegitu dari anak kecil tersebut.
akim dan anak stacy bella
“Rasanya saya seorang jer lah yang dia panggil daddy. Saya memang sukakan budak-budak. Saya memang rapat dengan Bella.
Ketika ditanya pihak media adakah dia menyayangi Stacy seperti mana dia menyayangi Bella, ini jawab Akim,
“Saya saya semua kawan-kawan saya.  Ajal, maut dan jodoh semuanya di tangan Allah.Andai kata ada jodoh saya dengan Stacy, saya tak menolak“, katanya sambil tersenyum.
Akim bakal muncul dalam drama berantai, Kampung Girl bergandingan dengan Nad Zainal, mulai 12 Julai (Jumaat) depan, jam 9 malam di TV3.