Tips Cover Malu

Situasi Pertama
Tiba-tiba ada sekawan wanita pandang dan tersenyum. Anda ingatkan yang para jelitawan terpesona dengan kekacakan anda tetapi rupanya zip seluar anda terlupa nak tutup. Tambah malu si ‘awek’ yang cun menegur anda..
Apa anda perlu lakukan ?
– Jika anda tidak kenal awek tersebut, buat-buatlah yang anda ni seorang OKU. Buat-buatlah yang anda mengalami masalah penglihatan.. Untung-untung anda mendapat simpati darinya..
- Berlari kencang dari kawasan tersebut sambil menjerit .. Cam orang gila la plak..
- Terus pusing dan zipkan saja seluar sambil berjalan menunduk hingga ke stesen LRT/ bas/ parking kereta..
- Menangis sambil meminta derma. Berlakon yang kononnya seluar anda dikongsi dengan adik yang gemuk cam bulldozer sehingga menyebabkan zip tercabut. Ha haha.. Idea biul ni.. Kalau berani cubalah..
Tapi kalau situasi ni berlaku kat perempuan camne plak?? Itu cik/puan lah tolong beri idea ye..
Situasi Kedua
Sebelum pergi kerja/belajar anda makan telur. Pejabat/kolej anda di tingkat tinggi sekali. Kiranya penthouselah dan memerlukan anda menaiki lif. Entah camne, dalam lif tu pula perut meragam. Cuba ditahan tapi angin sepoi bahasa terasa ingin keluar. Lagi sadis, awek/pakwe cun/kacak yang anda admire ada bersebelahan anda. Lif baru naik tingkat 2 ada lagi 10 tingkat tu..Apa nak buat ye??
- Lepaskan sahaja angin itu dengan berhati-hati .. Kalau nak lagi selamat masa ia ingin dilepaskan buat-buatlah batuk. Mungkin orang tak perasan , tapi kalau ada bau susahlah juga.. Tapi tak mengapa kalau ada bau juga buat-buatlah tengok kasut anda. Kemudian tanya rakan sekeliling samada di kasut mereka terpijak tahi kucing. Ha ha ha..
Situasi Ketiga
Tiba-tiba ada orang yang seperti memanggil anda. Beliau menunjuk isyarat untuk anda bertemu beliau. Ketika anda dalam perjalanan ada orang lain dibelakang pun menuju ke arah sama. Rupa-rupanya orang tersebut bukan memanggil anda tetapi rakannya di belakang anda. Yang ni biasa terjadi pada sesiapa jua. Bagi mengelakkan anda merasa malu, cuba tip ni :-
- Buat-buat ikat kasut anda. Kalau kasut takde tali gosoklah kasut laksana mengilatnya. Tapi kalau pakai selipar plak, buat-buatlah laksana anda terpijak paku. Mesti anda tidak terasa malu…

Situasi Keempat

Rasanya banyak situasi boleh tersilap orang samada anda menyangka kawan atau silap peranan.. Mungkin ramai tak faham tentang silap peranan ni, jadi saya bagi contoh. Anda pergi ke kedai makan yang baru pertama kali disinggahi. Tiba-tiba ada seorang awek jalan mundar mandir kat kedai makan tu. Anda pun panggil untuk memesan makanan kerana menyangka gadis tersebut pelayan tapi sebenarnya beliau juga pelanggan seperti anda.. Apa yang anda perlu lakukan cuma
- Buat tak tahu je la….
- Minta maaf kepada gadis tersebut sambil meminta no telefon untuk memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan..
- Membayarkan makanan yang dimakan oleh gadis tersebut. Tapi berhati-hati kalau dia makan dengan 15 orang kawan dia alamat, terlungkuplah..
- Beritahulah yang si gadis tu mempunyai rupa seperti pelayan kat kedai tersebut dan amat layak untuk bekerja di situ. Nampak kurang ajar la pulakkan..
Okay rasa cukuplah tip untuk ‘cover’ malu tu. Mungkin kalau ada kesempatan saya akan menulis sambungan mengenainya.. Itupun kalau ingat dan ada maklumbalas positif.
Sekali lagi saya ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak bertanggungjawab kalau anda mengalami masalah selanjutnya kalau mengikut apa yang disarankan diatas.
Jangan saman ye.. Ini lawak jenaka je..