Kadang-kadang “haters” ini melampau juga tindakan mereka. Semua benda nak dikritik, dikecam dan dihina. Abang Nara pun pelik kenapa “haters-haters” ini tak boleh melihat kebahagiaan orang lain. Kesian Adira mendapat komen-komen negatif apabila berkongsi gambarnya dengan Shahrul sehingga terpaksa membuang gambar-gambar tersebut. Mungkinkah “haters” ini sebenarnya menyimpan perasaan kepada Adira?
Pembuangan gambar dirinya bersama Shahrul menyebabkan ramai orang menyangka hubungan mereka sudah berakhir. Kata Adira kepada Kosmo:-
Pembuangan gambar dirinya bersama Shahrul menyebabkan ramai orang menyangka hubungan mereka sudah berakhir. Kata Adira kepada Kosmo:-
Berita tersebut tidak betul. Hubungan kami masih baik. Mungkin orang salah sangka. Saya buang gambar dia sebab komen-komen negatif daripada golongan pembenci (haters). Saya mahu mengelak daripada ia menjadi lebih buruk. Disebabkan itu, saya terpaksa memadam gambar tersebut. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa gambar Shahrul yang tidak dipadamkan.
Nasihat Abang Nara, pedulikanlah “haters-haters” ini. Mereka ini kalau buat apa-apa pun memang takkan makan saman. Senang cerita kalau nak “upload” gambar, jangan baca ruangan komen. Buat tak tahu je. Yang penting, Adira tahu perkara sebenar antara dirinya dan Shahrul. Kata orang lain, pedulikanlah.