Dalam kesibukan Khairul Fahmi Che Mat terlibat dengan perlawanan bola sepak di merata tempat, akhirnya dapat juga pemain pujaan ramai ini berada di sisi isteri tercinta sewaktu menyambut kelahiran bayi pertama mereka.
Menerusi perkongsian gambar di Instagram, bayi perempuan seberat 2.75 kilogram itu telah selamat dilahirkan pada jam 2.55 petang semalam (3 Februari 2014).
Dari apa yang dilihat, bayi comel itu jelas mirip Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apex. Namun tidak mustahil puteri kesayangan pasangan ini akan mewarisi kecantikan ibunya kelak.
Seperti kebanyakan suami isteri yang baru bergelar bapa, Apexs dan isterinya, Leuniey Natasha turut melahirkan rasa syukur mereka di laman sosial di atas kelahiran si kecil yang digelar Baby K itu.
Apa agaknya nama sebenar Baby K? Adakah Khairunnisa, Kamelia atau Keisha? Sama-samalah kita nantikan kerana semestinya Apex dan Leuniey telah memikirkan nama yang terbaik buat anak mereka.
Apapun tahniah diucapkan kepada pasangan ini, semoga Baby K membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna kepada kedua-dua orang tuanya.