“WATAK sebagai seorang Muslim yang saya bawa menerusi drama ini hanyalah sekadar lakonan semata-mata,” kata aktor kacak, Keith Foo mengenai dakwaan lakonannya menerusi drama nombor satu, Ariana Rose, mempersendakan agama Islam.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Keith akui bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan watak seperti itu (beragama Islam) kerana pada masa yang sama dapat belajar banyak perkara daripadanya.
“Saya memang tidak ada masalah bawa watak ini kerana pada masa yang sama banyak yang saya belajar terutamanya berkaitan agama Islam.
“Ini bukanlah kali pertama saya bawa watak seperti ini kerana sewaktu di Indonesia dahulu sudah beberapa kali saya mainkan watak yang sama,” katanya ketika ditemui pada tayangan eksklusif drama Ariana Rose, baru-baru ini.
Menurutnya, sebagai seorang yang bukan beragama Islam, dia juga amat berhati-hati dalam melakukan babak-babak seperti solat dan berdoa.
“Setiap kali sebelum lakukan babak-babak yang sensitif, saya akan lebih banyak bertanya supaya apa yang saya lakonkan itu saya lakonkan dengan cara yang betul agar mesejnya sampai.
“Sebenarnya Islam bukanlah agama asing bagi saya dan keluarga kerana kakak saya adalah seorang mualaf. Jadi banyak perkara juga yang saya lihat daripada dia,” jelasnya panjang lebar.
Tak laku di Indonesia?
Tidak pernah terbayang popularitinya di Malaysia kian melonjak naik, Keith mahu menjadi yang lebih baik dan perbaiki kelemahan dalam karier lakonan sebagai penghargaan buat penyokongnya.
“Terkejut sangat bila drama ini dapat sambutan yang luar biasa. Melihatkan sokongan peminat, saya kini lebih bersemangat untuk teruskan karier dengan baik.
“Tanpa peminat mungkin saya juga tidak akan berada di sini, jadi untuk menghargai jasa mereka, saya mahu buat yang terbaik selepas ini,” katanya.
Nafi tujuan utama dia kembali ke negara ini kerana kariernya kurang laku di Indonesia, Keith tidak mahu ambil pusing mengenai perkara seperti itu.
“Saya tidak boleh kata apa-apa mengenainya sebab itu pendapat masing-masing. Sehingga hari ini, saya masih dapat beberapa tawaran lakonan di sana tapi saya terpaksa tolak sebab mahu fokus di Malaysia dahulu.
“Lagipun sudah lama saya berada di sana, jadi sudah tiba masa saya kembali ke negara asal di mana keluarga saya juga ada di sini,” ujarnya yang mahu mencabar diri keluar dari zon selesa karier lakonannya di Indonesia.