FAZURA MUKA CANTIK, PERANGAI BURUK?

semakin naik menyampah dengan perangai seorang artis yang merasakan dirinya insan terbaik di muka bumi, tetapi suka bercakap buruk mengenai orang lain.

Sikap artis itu seperti budak sekolah dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga menjadi topik perbincangan ramai pihak di laman sosial.

Siapa tidak meluat dengan perangai artis berkenaan yang ada masalah perasaan diri bagus kerana sering merasakan orang lain meniru gayanya.

Bukan setakat itu, artis ini turut terkenal dengan beberapa isu pergaduhan dengan beberapa wanita dan selebriti.

Setiap kali terasa terhadap seseorang, artis berkenaan pasti meletakkan status yang ‘semacam’ di laman sosialnya. 

Mana-mana pembaca yang berani tegur perbuatannya itu pasti ‘diselar’ peminat tegar yang menyokong apa saja artis berkenaan lakukan. 

Mungkin artis ini kurang keyakinan diri sehingga merasakan semua orang di sekelilingnya terutama selebriti wanita adalah ancaman. 

Selalunya individu yang berkelakuan seperti ini disebabkan kesunyian jadi menginginkan perhatian daripada semua orang. 

Apa gunanya muka cantik, banyak duit tetapi perangai ke laut, langsung tidak menampakkan ciri-ciri hormat dan kesopanan