Tasha Shilla memang seringkali dikaitkan dengan ramai lelaki di luar sana. Kalau dulu pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli dikatakan bercinta dengannya, kini seorang peninju Muay Thai pula dikatakan mempunyai hubungan dengan si cantik manis ini. Menariknya kali ini Tasha Shilla tidak segan silu berkongsi gambar dengan si peninju yang bernama Hans ini menerusi akaun Instagramnya.
Malah ketika menjalani penggambaran di Korea baru-baru ini, Tasha Shilla telah berkongsi gambar di bawah dengan caption yang menampakkan sedikit kejiwangan. Adakah Tasha Shilla memang benar-benar bercinta dengan Hans atau sekadar teman tapi mesra? Caption yang ditulis ialah:-
Sometimes the people who are thousands of miles away from you can make you feel better then people right beside u
Di dalam gambar sambutan hari jadinya baru-baru ini juga, Hans hadir dan kelihatan sangat mesra dengan Tasha Shilla. Malah ketika mengikuti aktiviti senaman di taman KLCC, lelaki ini turut dipeluk mesra oleh Tasha. Nampak gaya memang mereka berdua dalam fasa percintaan. Sama-samalah kita nantikan pengakuan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.