‘Tak rasa apa-apa pun’

Kuala Lumpur: “Shah cium rambut? Tak kena (kepala) dan tak rasa apa-apa punlah,” jelas Intan Ladyana berhubung kritikan terbaru peminat mengenai gambar aksi mesra dan intim membabitkan dirinya dengan aktor Shah Iskandar yang dipaparkan di laman sosial.
Gambar kemesraan Intan dan Shah termasuk sekeping gambar aktor itu kelihatan mengucup kepala wanita terbabit tersebar di laman sosial dan menimbulkan pertikaian dalam kalangan segelintir peminat pelakon itu. 

Sebahagian peminat yang keliru mempersoalkan kewajaran tindakan Intan memandangkan dia mempunyai teman lelaki iaitu pelakon Kamal Adli.

Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, pertikaian itu tidak patut timbul kerana dia dan Shah tidak bersentuhan seperti dilihat dalam gambar.
Foto
GAMBAR aksi mesra Intan dan Shah yang tersebar.

“Sebenarnya ketika kami ambil gambar itu, kami tak bersentuhan pun. Bukannya Shah cium kepala dan rambut saya betul-betul pun.