Hanez Suraya Tidak Mahu Bercinta Lama-lama, Bakal Kahwin Tahun Ini

Nampaknya kali ini Hanez Suraya tidak mahu lagi bercinta lama-lama kali ini. Mungkin kerana hubungan cintanya dengan penyanyi Awi Rafael, beliau mengumumkan bahawa tahun ini akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.
“InsyaAllah pada tahun ini kami berkahwin, tarikh sudah ada tetapi belum boleh diumumkan kerana masih lagi mencari lokasi yang sesuai dan kalau boleh saya tidak mahu bertunang tetapi tengok macam mana keputusan keluarga nanti,” ujar Hanez Suraya.
Hanez Suraya juga mengakui bakal suaminya tersebut sebagai seorang yang kuat cemburu, tidak romantik tetapi matang dan serius mahu menjadikan dirinya sebagai isteri dan teman hidup.
Hanez Suraya Tidak Mahu Bercinta Lama lama, Bakal Kahwin Tahun Ini
“Lepas berkahwin nanti kenalah hormat keputusan suami, sekarang sahaja dia agak cemburu kalau ada sesi fotografi yang memerlukan saya bergambar mesra dengan lelaki, inikan pula berlakon berpelukan”
“Sejak bercinta dengannya, saya juga sudah tidak boleh keluar malam — kalau keluar siang sekalipun kena balik awal,” tambahnya.
Hanez Suraya juga mengakui beliau tidak kisah untuk berhenti dari dunia seni selepas berkahwin jika itu permintaan suaminya.
Bila agaknya akan didedahkan identiti bakal suaminya ini ya?