Wow. Menarik sungguh perkembangan hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri yang ditulis menerusiHarian Metro hari ini. Kalau sebelum ini Nora dan Nedim sering menafikan rasa cinta dan tidak memanjang jauh hubungan yang tercipta, kali ini desas-desus menyatakan yang mereka sudah pun mula membuat persiapan untuk perkahwinan yang bakal dilangsungkan hujung tahun ini.
Antara persiapan yang kononnya sudah dilakukan ialah pembelian barang hantara sedikit demi sedikit. Malah beberapa pereka fesyen terkenal juga dikatakan sudah berada di dalam senarai untuk mereka busana pengantin mereka. Fuh ~~ Kalau benarlah desas-desus ini, Abang Nara pasti banyak pihak yang gembira melihat dua hati ini akhirnya akan bersatu.
Pada pendapat Abang Nara, Nora Danish dan Nedim memang sesuai dan bagai pinang dibelah dua. Kedua-duanya pernah gagal dalam perkahwinan. Kedua-duanya merupakan ibu dan bapa tunggal. Pasti mereka lebih memahami antara satu sama lain kerana pernah melalui sejarah yang lebih kurang sama. Apa pun, sama-samalah kita doakan. Khas untuk tatapan anda, Abang Nara tinggalkan video comel aksi Nora Danish bersama anaknya, Rayqal. Cute sangat!!!