Menurut sumber itu lagi, Adira telah dimasukkan ke pusat perubatan Damansara Specialist Centre, Damansara Utama setelah dia dikatakan tiba-tiba menjadi lemah dan terjatuh pada malam Jumaat yang lepas. Malah, ada saksi yang terserempak dengan Naib juara Akademi Fantasia Musim 8 ini dan melihat keadaan diri Adira seperti dalam keadaan yang kurang sihat.
Sebelum itu, dua hari lepas penyanyi berasal daripada Sabah ini ada memuatnaik dua video di Keek miliknya dan dia berada diatas kerusi roda dan ditolak oleh seorang teman (Rizal) dan dia memang kelihatan agak lemah. Ditangannya juga ada jarum yang biasa kita lihat di tangan pesakit yang biasanya sedang dirawat di hospital.
Antara ungkapan yang keluar dari mulut Adira "Kita tak larat macam nak demam. Kita duduk sini untuk makan ais krim". Apapapun, jom tengok keek yang dimaksudkan dibawah.
@niesakhalil much love!!!! N @chimmymore
Jun 8, 2013| Source: Keek.com
Hadooii nak gok!@abilasuhaimi
Jun 8, 2013| Source: Keek.com