Black Mentor Hampir Putus Tunang Kerana Terkena Buatan Orang

Orang orang tua berkata dugaan bertunang ini memang besar, bertahan atau tidak sahaja syaratnya. Black Mentor juga nampaknya tidak terlepas dari menerima cabaran besar bersama tunangnya.
Dalam laporan Berita Harian hari ini, Black mengakui sebulan selepas bertunang perasaan bercampur baur mula menyelubungi diri mereka dan hasilnya pergaduhan mudah tercetus walaupun kerana perkara kecil.

Black dan pasangan bertindak menemui pakar rawatan alternatif dan dari situlah mereka menyedari yang diri mereka telah terkena buatan orang dan dimaklumkan ianya adalah angkara orang yang di’kenali.
“Sebab itu saya tidak mahu menonjolkan dirinya kepada umum — kami bergaduh sampai tahap masing masing sudah tiada perasaan dan hampir saja memutuskan pertunangan,” jelas Black.
Dalam kenyataan yang sama, Black akui persiapan perkahwinan beliau sudah 70% siap dan menjangkakan akan melangsungkan majlis perkahwinan selepas perayaan Aidilfitri tahun ini.