Farid Kamil: Diana Danielle Dijangka Bersalin Pada 15 Julai


Akhirnya Farid Kamil sendiri membuka mulut tentang isu Diana Danielle yang dikatakan sudah selamat bersalin dan kenyataan pertama pelakon ini sebenarnya menafikan semua dakwaan yang timbul.
Dalam sebuah video berdurasi 36 saat di Keek hari ini, Farid Kamil berkata yang Diana Danielle kini sedang menjalani proses matang kandungan di Australia dan dijangka bersalin pada 15 Julai akan datang.

“Err, menjalani proses matang kandungan di sana — dijangka lahir pada bulan tujuh (Julai) — insyaAllah — 15 hari bulan. Terima kasih atas semua sokongan dan doa doa yang diberikan kepada saya, in advance”
Betulkan kami jika tersalah dengar kerana halus sungguh suara Farid Kamil dalam video ini. Heh. Seperti biasa, tahniah kami dahulukan buat pasangan ini & seisi keluarga yang bakal menyambut orang baru.