Gambar Mohd Shahrulnizam Pendaki Malaysia Maut Di Everest

everest


Gambar Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari pendaki Malaysia maut di gunung Everest. Terkini, seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness).
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.
Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.