Video Mass, Gadis OKU Hits Di YouTube


Semakin ramai bintang Youtube yang lahir selepas kejayaan yang berjaya dikecapi oleh Najwa Latif, Tasha Manshahar dan Ainam Tasneem.
Terbaru terdapat seorang bakat baru yang dikenali sebagai Mass yang sering memuat naik videonya di laman perkongsian video popular tersebut.
Antara videonya yang mencatat hits ialah ‘Aku nak lelaki yang beruang okay!’ serta video ucapan selamat hari ibu buat ibunya.
Kebanyakan penonton yang melihat videonya itu ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengutuk dirinya.
Namun daripada sumber Blog Mazeer, Mass merupakan seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai kegemaran bermekap, menyanyi dan memuat naik video yang dirakamnya itu.
Banyak juga video yang sudah dihasilkan olehnya dgn pelbagai topik yang diutarakannya selain video dirinya menyanyikan lagu kegemarannya.
Mana tahu selepas ini Mejar David Teo mahu mengambilnya menjadi artis di bawah naungan syarikat pula selepas Bobo.
Yelah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu kan..
 Credit to : http://mynewshub.my