Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya

 



Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlibat dalam satu kemalangan teruk di Cyberjaya 

beberapa hari lepas.
Difahamkan, Finie Don yang menuntut di Universiti Lim Kok Wing, sedang dalam perjalanan pulang dari kelas ke asramanya yang terletak di Pulau Meranti, Cyberjaya. Bagaimanapun, kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik. 

 

Menurut Finie Don, walaupun bahagian depan keretanya hancur remuk namun beliau bersyukur kerana dia dan rakannya hanya mengalami kecederaan ringan. Finie terpaksa menerima tiga jahitan pada kakinya manakala rakannya tidak mengalami sebarang luka teruk. 

Sebagai makluman, Finie pernah berlakon dalam filem Iskandar dan Hati Malaya 1957. Lakonannya memang mantap sehingga penonton mula mengakui bakat yang dimiliki Finie Don. Apapun, mari layan beberapa keping gambar Finie Don yang cukup comel dan menawan di bawah.