Hubungan Cinta Nabila Huda dan Nas-T Sudah Berakhir?

ohartis-nabila-huda-nasT-putus-cinta-1
Beberapa jam yang lepas, Pelakon Nabila Huda mengejutkan seluruh peminatnya apabila dia memuatnaik sekeping gambarnya bersama dengan kekasih iaitu Nas-T dengan caption yang seolah-olah bahawa hubungan cinta yang terjalin antara mereka sejak April lalu sudah berakhir.
Nabila yang lebih dikenali sebagai Abil sebelum ini memang tidak berahsia tentang hubungan cintanya, malah Abil dan Nas-T banyak memuatnaik gambar mesra mereka berdua di laman Instagram milik masing-masing. Namun melihat daripada laman sosial Intagram milik Abil, dia tidak lagi memuatnaik gambarnya bersama Nas-T semenjak penghujung May yang lepas. Namun, persoalannya adakah hubungan mereka benar-benar sudah berakhir kerana kami masih belum dapat menghubungi Nabila berkenaan isu ini.
ohartis-nabila-huda-nasT-putus-cinta-3