Pelakon drama mangsa cabul pengarah tua

 



Seorang pelakon baharu membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul 

beberapa kali oleh seorang pengarah drama berusia 60-an. 

Pelakon berusia 22 tahun yang telah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara kerana bimbang keselamatan dirinya selepas menerima ugutan daripada pengarah drama terbabit supaya tidak menyebarkan kejadian keji itu. 

Kali pertama, pengarah meraba badan dan ciumnya ketika dalam perjalanan menghantar nya pulang ke Damansara selepas mengadakan satu perjumpaan mengenai penggambaran sebuah drama 

Selepas kejadian ,pengarah itu mengugut supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu jika tidak mahu karier seninya berkubur.