Cris Suzanne Tak Malu Akui Ambil SPM 2 Kali



Heroin filem KIL yang sedang ditayangkan kini, Cristina Suzanne mengakui dirinya pernah mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebanyak dua kali.

Dia yang lebih senang disapa sebagai Cris menyatakan, “zaman sekolah saya buruk, busuk dan tak pernah dapat perhatian sesiapa. Ambil SPM pun dua kali. Kalau kawan lain, lepas SPM terus sambung belajar ke universiti atau kolej, tetapi saya tidak.

“Mereka mungkin mahu kelihatan ‘cool’ dengan ikut saja arus normal (masuk universiti selepas SPM) tapi saya cari ‘cool’ cara lain. Saya buat perkara yang saya rasa terbaik untuk diri,” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Walaupun berstatus selebriti, nyata aktres comel kacukan Melayu-Jerman ini seorang yang sangat jujur serta berterus-terang tentang kehidupannya.

Ternyata walaupun terpaksa mengulang balik SPM namun lihat keadaan diri Cris hari ini, berkat kesabaran dan usahanya, kini namanya dilihat menyerlah dan sebaris dengan pelakon wanita pelapis tanah air yang lain seperti Izara Aishah, Anzalna dan Tasha Shilla.