ADI PUTRA 'DITUDUH' KIRIM GAMBAR LUCAH

Pelik bin ajaib! Itulah yang terjadi terhadap Adi Putra apabila dikatakan disiasat polis berhubung dakwaan seorang lelaki. Dakwa lelaki tersebut, Adi Putra dikatakan kononnya membuat skandal dengan isterinya sejak Julai hingga Ogos lalu. 

Lapornya, Adi Putra dan si isteri didakwa hanya sekadar berbalas mesej cinta sebelum kemudian berbalas gambar lucah menerusi WhatsApp. Aikk, biar betik? Macam tak percaya pula dengan tuduhan tu sedangkan ramai tahu bahawa Adi Putra mempunyai perwatakan bersih dan baik orangnya. 

 


Malah sekiranya Adi Putra mahu bercinta sekalipun, dia pasti begitu mudah mendapatnya dikalangan artis, selebriti dan lain-lain lagi. Takkanlah dia nak ganggu isteri orang pula! 

Untuk maklumat, Adi Putra turut membuat laporan polis terhadap lelaki tersebut kerana menerima ugutan yang mengganggu keselamatannya dan keluarga. 

Kes itu masih disiasat polis di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan. Dan sebagai public figure, Adi Putra memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dilakukan bagi membersihkan namanya. 

Bak kata orang, kesalahan belum terbukti selagi tidak diputuskan oleh mahkamah. Tak gitu?