LUSA RON 95 NAIK


"Lusa, minyak RON 95 akan naik 40 sen". Itulah ayat yang setiap hari aku dengar bila "terjumpa dan terbual" isu-isu semasa dengan Cina pecacai DAP di Kulai semenjak keputusan PRU 13 diketahui dan Barisan Nasional membentuk kerajaan pada Isnin yang lepas.

Sekiranya pada hari ini aku ke Kulai dan terbual lagi dengan pecacai DAP, mungkin aku akan terdengar "lusa yang keenam" minyak RON 95 akan naik 40 sen!

Mungkinkah ketika DAP berkempen kepada kaum Cina semasa tempoh berkempen dulu mereka berjaya meyakinkan bahawa sekiranya BN kembali memerintah, lusanya minyak RON 95 akan naik 40 sen? Dan akhirnya Cina-Cina yang memangkah DAP seakan kemaruk untuk menjustifikasikan bahawa langkah mereka memangkah DAP adalah betul dan tersangat berharap agar minyak RON 95 akan dinaikkan untuk menunjukkan bahawa memilih kerajaan BN berkuasa semula merupakan satu kesilapan besar.

Kini, Cina-Cina di Kulai seolah-olah setiap hari berada keresahan kerana menunggu "lusa" bila minyak RON 95 akan dinaikkan 40 sen. Menunggu lusa minyak RON 95 akan dinaikkan juga merupakan satu penantian yang sangat menyiksakan bagi Cina-Cina Kulai kerana sehingga lusa tersebut datang, mereka tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga barangan perniagaan mereka. 

Namun begitu, mereka tetap percaya bahawa lusa tersebut akan datang juga dan sehingga tarikh tersebut, setiap malam Cina Kulai akan memastikan tangki-tangki kereta mereka akan penuh sebelum menjelang tengahmalam.