Syukurlah Jika Betul Mizz Nina Sudah Bertudung Litup

Syukurlah Jika Betul Mizz Nina Sudah Bertudung Litup
Syukurlah Jika Betul Mizz Nina Sudah Bertudung Litup - KL : Selain dikenali sebagai artis tempatanyang sering muncul dengan lagu duet bersama artis antarabangsa, Mizz Nina juga tidak terlepas pandang dilabelkan sebagai artis yang berpakaian seksi.
Bagaimanapun, sejak berkahwin dengan vokalis band Hujan iaitu Noh, Mizz Nina sudah pandai bergaya tanpa perlu mendedahkan susuk tubuhnya itu.
Terbaru, Murai Batu dikhabarkan bahawa Mizz Nina sudah pun bertudung litup sepenuhnya.
Melihat foto Mizz Nina berhijab, tidak dinafikan penyanyi lagu Around The World ini nampak lebih manis.
Malah, ada juga berpendapat penampilan tersebut sesuai dengan usia dan status Mizz Nina sebagai isteri Noh yang kini sudah banyak melibatkan diri dalam bidang keagamaan.
Apapun, Murai Batu tidak pasti sama ada Mizz Nina sudah berubah imej sepenuhnya atau pun tidak.
Namun, Murai Batu dapat tahu, gambar tersebut dirakam ketika Mizz Nina dan Noh mengikuti Kursus Albar selama tiga hari bagi memahirkan diri membaca Al-Quran, baru-baru ini.
Tidak kiralah sama ada Mizz Nina sudah bertudung penuh ataupun tidak, Murai Batu gembira selepas mendapat tahu penyanyi ini sudah rajin ke kelas kursus tersebut.
Mungkin selepas ini lebih ramai peminatnya mengikuti kursus berkenaan.
Tiba-tiba Murai Batu teringat kata-kata Hazami..Seandainya seseorang itu pandai membaca berzanji, mesti orang itu juga sedap menyanyi.