Aaron Aziz Mengamuk Di Instagram


Jika sebelum ini selebriti seperti Nabila Huda, Nora Danish dan Datuk Siti Nurhaliza pernah dikritik serta dikecam teruk peminat di laman Instagram, kali ini tiba giliran pelakon yang menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana, Aaron Aziz mendapat tempias yang sama.
Namun, tidak seperti selebriti yang lain, Aaron dilihat lebih senang membalas kritikan tersebut melalui Instagramnya dengan memaki hamun peminat yang mengutuk gambar anaknya yang dikongsikan menerusi laman sosial tersebut.
Menerusi gambar tersebut, peminat menegur cara duduk anak perempuannya yang dilihat seperti tidak sopan dan menyuruh aktor Singapura itu mengajar anaknya cara-cara duduk yang lebih tertib dan sopan.
AA
Pelakon itu terus membidas kritikan tersebut dengan cara yang agak kasar malah sudah membuang komen-komen yang dilihat mengguris hati pelakon tersebut.
Aaron Aziz
Aaron turut menyuruh mereka yang memberi komen tersebut supaya menyimpan nasihat bodoh mereka itu di dalam jamban.
Marah benar nampaknya abang Aaron kita ni.
Mungkin ini adalah caranya untuk melindungi anak-anak serta keluarganya daripada diperkatakan umum.