Tiz Zaqyah & Kekasih Bercuti Ke Pulau Perhentian woww!!


Ah bunyi tajuk kami ini macam Tiz Zaqyah pergi berdua dengan kekasih beliau, nyatanya mereka berdua di’temani rakan rakan lain yang turut sama ingin merasai keindahan alam di Pulau Perhentian.
Tiz Zaqyah menerusi akaun Instagram beliau berkongsikan saat saat indah bersama teman lelaki, Daniel Haziq juga rakan rakan lain ketika bercuti di Pulau Perhentian baru baru ini.
Seperti biasa sebelum ada peminat yang melatah & kembali menghentam Tiz Zaqyah atas apa yang di’kongsikan — perlu kita ingat yang aktress ini pernah berpesan yang ini memang dirinya & peminat perlu terima.

“Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya saya tak mampu berbuat apa-apa. Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan”
Berikut beberapa keping gambar percutian Tiz Zaqyah ke Pulau Perhentian untuk tatapan anda. Enjoice!