Selamat Pengantin baru Ras Adiba


KL, 29 JULAI 2013: Murai Batu tengok bukan produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman saja yang cuba mengambil keberkatan di bulan ramadan dengan melangsungkan pertunangan dengan basist CRK, Eddie.

Malah, perkara yang sama turut dilakukan oleh penyampai TV penuh kaliber, Ras Adiba pulak mengambil keberkatan bulan yang penuh mulia ini untuk melangsungkan pernikahannya dengan jejaka bernama Ilias Yaakop.

Majllis pernikahan mereka telah pun diadakan selepas Asar di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada hari Sabtu yang lalu iaitu 27 Julai 2013 yang mana ianya telah dihadiri beberapa rakan serta kaum keluarga yang terdekat.

Murai Batu tak pastilah bagaimana pulak Ras Adiba mampu bertemu jodoh dengan Ilias Yaakop, tapi khabarnya ia berlaku selepas reunion pelajar St John untuk batch 1985 diadakan pada 3 April 2013. So sweetkan...

Yang buatkan MUrai Batu tersentuh hati apabila Ilias sanggup terima Ras walaupun mengetahui keadaan Ras yang sampai sekarang hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda. Itulah kuasa cinta. Bila Tuhan datangkan perasaan itu, perkar-perkara lain seperti perbezaan usia, status, warna kulit serta bentuk fizikal bukanlah satu halangan lagi untuk dua jiwa bersatu atau disatukan.

Apapun dikesempatan ini, Murai Batu hendak ucapkan selamat pengantin baru buat Ras dan suaminya Ilias. MURai Batu juga akan doakan supaya perkahwinan mereka akan kekal bahagia selalu.