Kilafairy Tolak 5 Tawaran Berlakon Kerana Bosan Dengan Watak Seksi

Kilafairy Tolak 5 Tawaran Berlakon Kerana Bosan Dengan Watak Seksi - Pelakon dan juga penyanyi yang semakin dikenali ini, Kilafairy mengakui telah menolak 5 buah filem disebabkan watak yang memaksa dirinya tampil seksi dan berkemban.
Kilafairy Tolak 5 Tawaran Berlakon Kerana Bosan Dengan Watak Seksi
Menurut Kila, biarlah beliau menolak tawaran tersebut daripada dirinya mendapat kontroversi murahan seperti yang terjadi ketika beliau membingtangi filem “Karak” suatu masa dulu. Adegan berkembannya menjadi bualan hangat.
“Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh,” tegasnya.
Tambahnya lagi, biarlah kurang publisiti asalkan setiap watak yang dijayakan kelak akan memberikan impak kepada penonton dan mereka sendiri akan mengingati lakonan yang bagus.