Artis Berniaga Di Bazar - Artis Malaysia tidak hanya mencari rezeki melalui bakat lakonan ,nyanyian dan pengacaraan.
Ada di antara mereka yang bergiat mencari sumber pendapatan tambahan melalui perniagaan online dengan menjual produk barangan yang mampu menarik minat orang awam untuk membeli.
Oleh hal demikian, baru baru ini telah di adakan sebuah program yang menempatkan artis artis tempatan berpeluang untuk membuka gerai jualan mereka dan program ini berlangsung di Rasta, Taman Tun Dr Ismail.
Program ini di kenali sebagai Femes Bazzar yang di buka pada semalam (Sabtu) sehingga hari ini (Ahad) dari pukul 10pagi-5petang.
Ramai artis yg turut menyertai program ini, antaranya Sazzy Falak, Aishah Sinclair, DJ Fuzz, Killafairy, Miz Nina, Noh Hujan, Forteen, Karl Shafek, Raja Farah, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.
Penganjur program, Yusmarul Ariff,27, berkata di Femez bazzar pengunjung dapat beramah mesra dengan artis kesukaan dan mampu membeli belah dengan harga yang sangat berpatutan, untuk makluman anda, program merupakan penganjuran yang pertama melibatkan ramai artis.
Menarik lagi, terdapat seramai 35daripada mereka adalah pengusaha blog yang sudah mempunyai nama di laman sesawang seperti Facebook dan Twitter juga turun padang untuk mempromosikan produk mereka ” katanya yg dipetik daripa Mstar di sini.
Hari ini di Bazar menawarkan harga barangan yang jauh lebih murah berbanding dengan harga asal yg di jual di laman internet mahupun kedai.
Antara gerai yang paling laris dan mendapat sambutan adalah gerai Sazzy Falak dan Aishah Sinclair . Kedua dua mereka menjual pakaian jenama sendiri iaitu SFbuSazzyFalak dan Bhumi Batik.
Selain itu juga, Dato Aziz Satar juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai program ini dengan menjual mee rebus di gerainya , Teratak Pak Aji, secara tidak langsung pengunjung dapat merasai kelazatan mee rebus di gerai artis veteran itu.