Leuniey Hamil 6 Minggu, Apex Bakal Jadi Bapa - Tahniah diucapkan kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex dan isterinya, Leuniey kerana bakal menerima cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Leuniey kini hamil 6 minggu
Berita tersebut telah dimaklumkan oleh Leuniey ketika berkunjung ke pejabat Media Hiburan, tengah hari tadi.
Yang menariknya, Apex turut sama mengalami “morning sickness” sepanjang kehamilan Leuniey. Orang tua-tua kata, kalau suami pun muntah-muntah, itu maknanya dia sayang sangat kepada isterinya. Kata Leuniey:
“Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex ketika itu berada di Australia. Dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami ‘morning sickness’ seperti saya,” ujarya.
Sebelum ini, Leuniey ada menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin bagi menghilangkan kesunyian gara-gara ditinggalkan Apex kerana komitmen terhadap bola sepak.