Mengikut info yang diperolehi oleh Ohbulan, 2 orang artis wanita telah dicalonkan dalam pencarian "100 Most Wanted Women In The World 2011"yang dianjurkan oleh salah sebuah syarikat arak sebagai penaja utama. Artis yang dicalonkan itu ialah Lisa Surihani dan Juliana Evans.
Persoalannya, bagaimana kriteria pemilihan calon dibuat? Jika anugerah ini tidak terlibatkan syarikat arak sebagai penaja, memang tidak ada salahnya 2 artis yang comel loteh ni tercalon. Memang mereka layak.
Tetapi untuk kes ini, adakah syarikat arak ini tidak membuat kaji selidik tentang latar belakang calon?maksudnya dari segi agama (paling penting). Disini kita boleh klasifikasikan syarikat ini tidak menghormati agama Islam. Malah anugerah ini memerlukan komitmen daripada peminat melalui voting systems.
Masyarakat Islam tahu sebarang urusan yang melibatkan arak adalah haram.
"Dari Annas bin Malik katanya : Bahawasanya Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak iaitu : Yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan".
(Riwayat Al-Imam At-Termidzi)
Mungkin kedua-dua mereka belum dimaklumkan tentang pencalonan tersebut. Dinasihatkan agar Lisa Surihani dan Juliana Evans membuat sesuatu dengan segera mengenai perkara ini.