Bobo Terima Ugutan Kerana Buat Video Parodi - Nama Bobo semakin dikenali apabila video parodi lagu Sayang yang dibuat olehnya dimuat naik di laman Youtube menjadi bualan orang diluar sana.
Menurut Bobo atau nama sebenarnya Mohamad Farezzul Mohamad Kasim mengakui pernah diugut oleh beberapa orang awam yang menyatakan mahu membelasahnya kerana kerana video parodi yang dilakukannya.
Kata Bobo, beliau sedar ramai orang diluar sana membencinya hingga ada yang mencacinya dan diugut sehinga begitu sekali ketika dia berada di luar.
“Biarpun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube namun ramai juga yang membenci dengan aksi saya dalam video tersebut. Mereka bukan sahaja memaki saya secara dalam laman sosial malah jika terjumpa berhadapan saya turut menerima cacian dari mereka.
“Pernah suatu hari itu, saya diugut oleh seorang yang tidak dikenali datang kepada saya dan meminta saya berhenti melakukan parodi, jika tidak dia mahu membelasah saya. Nasib baik ia hanya mengugut saya kemudian beredar,” katanya yang mengakui tidak serik untuk membuat video parodi lagi.
Untuk makluman pembaca, sekitar bulan Mei lalu, Bobo telah menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah syarikat MIG dan beliau kini ingin meluaskan bakat yang dia ada di dalam bidang lakonan.