Raja Ema – Sudah Banyak Tahun Tidak Bertudung, Bertudung Bukanlah Satu Paksaan

Raja Ema – Sudah Banyak Tahun Tidak Bertudung, Bertudung Bukanlah Satu Paksaan : Raja Ema yang menghiasi muka hadapan majalah NONA pada 9 Oktober lepas telah menarik perhatian ramai dan dikatakan kembali “meletup” semula.
Raja Ema   Sudah Banyak Tahun Tidak Bertudung, Bertudung Bukanlah Satu Paksaan
Tetapi imej terbarunya yang tidak bertudung itu telah menjadi persoalan daripada segelintir peminat-peminatnya sedangkan sebelum ini dia agak berbeza kerana tampil dengan imej bertudung apabila menjadi isteri Sheqal, dan penampilannya yang bertudung dikatakan sangat manis.
Raja Ema berkata bahawa dia tidak faham kenapa isu tudung pula yang diperbesar kerana sudah bertahun-tahun dia tidak bertudung.
“Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu. Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut.” jelasnya lagi.