Kalau Boleh Tak Mahu Bermadu – Fazura

Kalau Boleh Tak Mahu Bermadu – Fazura - “Bermadu? saya tidak rela,” demikianlah penjelasan dari Fazura bila diajukan soalan adakah beliau sanggup bermadu.
Kalau Boleh Tak Mahu Bermadu   Fazura
Jelasnya, beliau lebih selesa memilih lelaki bujang sebagai suaminya kerana merasakan dirinya bukanlah seorang insan yang mampu berkongsi kasih sayang.
“Saya akui cuba menggelak namun jika sudah tertulis takdir sebegitu maka tiada apa yang mampu saya katakan lagi. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan pastinya tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fazura turut menegaskan bahawa gosip yang mengatakan beliau dan aktor Shaheizy Sam menjalinkan hubungan cinta adalah tidak benar kerana hubungan antara mereka berdua sekadar berkawan sahaja.