Sejak awal Ramadan 2013 lagi sebuah sekolah rendah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buluh, Selangor. pihak Pengetuanya telah membuat satu dasar yang tidak masuk akal.
Mengarahkan kesemua murid bukan beragama Islam yang mau menikmati minuman dan makan tidak boleh menggunakan kantin sekolah tetapi sebaliknya dikerah dan diarah makan minum dalam tandas sekolah.
Bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid tersebut beberapa meja dan kerusi disediakan didalam tandas berkenaan.
Perkara ini telah mengundang ketidak keselesaan dan puas hati para ibu bapa murid-murid berkenaan dengan mengadu kepada pihak sekolah beberapa kali namun aduan langsung tidak diendah dan di pedulikan.
Pelik bin hairan sungguh.. Bagaimana seorang Pengetua sekolah boleh mendapat fikiran kolot sebegini.
Mohon pihak berwajib terutamanya Menteri Pendidikan dan juga Jabatan Agama Islam untuk melakukan siasatan dan ambil tindakan segera untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan ini. – Omakkau
Memalukan sungguh. Kerana tindakan bodoh pengetua dan pihak pengurusan sekolah tersebut, habis kita selaku umat Islam pon terasa tempias. Ni lah orang kata kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.
Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku,dengan ini mewakili umat Islam seluruhnya memohon maaf kepada penganut Agama lain selain Islam diatas perkara ini. Ini bukanlah tuntutan Islam sebenar mahupun arahan dari mana-mana Jabatan Agama Islam mahupun Kerajaan Negeri. Ini adalah tindakan bodoh dari pihak sekolah sendiri.