Pada hari Sabtu yang lepas, Erra Fazira telah membuatkan ribuan peminatnya berada dalam kerisauan apabila selebriti itu terbabit dalam kemalangan sewaktu menunggang motosikal berkuasa tinggi miliknya.
Namun bagi yang prihatin terhadap keadaan Erra, anda boleh menarik nafas lega kerana ia cuma kemalangan kecil dan Erra hanya mengalami kecederaan ringan di kaki kirinya. Bagaimanapun, kami difahamkan motosikal yang ditunggang Erra agak teruk juga keadaannya.
Menerusi video Keek yang dimuat naik oleh Umie Aida dan Linda Onn, mereka dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Port Dickson namun terpaksa membatalkan niat sebaik sahaja kemalangan itu terjadi.
Kami tak pasti apakah punca sebenar kemalangan tapi apa yang difahamkan, Erra terbabas hingga berada di bawah lori selepas motosikalnya gagal dikaw