Tasha Shilla – Isu Simbol Salib Tidak Patut Timbul

Tasha Shilla – Isu Simbol Salib Tidak Patut Timbul : Sempena majlis tema pakaian ‘fairy tale’ yang berlangsung pada minggu lepas, beberapa selebriti tempatan antaranya ialah Anzalna Nasir, Erra Fazira dan juga Tasha Shilla telah menyertainya untuk menggayakan baju ciptaan pereka fesyen mereka.
Tasha Shilla   Isu Simbol Salib Tidak Patut Timbul
Tetapi baju yang digayakan oleh Tasha Shilla iaitu pereka fesyennya ialah Hazwani Osman telah menimbulkan isu yang tidak diingini. Isu tersebut dikaitkan simbol salib yang terdapat pada baju yang digayakan oleh Tasha Shilla. Ramai peminat yang menganggap pereka fesyen tersebut tidak menitikberatkan tentang perkara ini.
Tasha Shilla yang dihubungi menjelaskan bahawa beliau tidak perasan dan mengatakan tiada apa-apa simbol pada baju yang digayakan oleh beliau.
Tasha juga berkata bahawa beliau tidak terlepas pandang dan beliau hanya memperagakan baju tersebut. Tasha yang agak terkejut dengan perkara ini mengatakan bahawa isu ini tidak perlu timbul dan menyerahkan semua kepada pereka fesyennya untuk menjelaskan tentang perkara ini.
Hazwani Osman yang dihubungi menegaskan bahawa ia bukanlah simbol salib dan tidak terfikir langsung untuk membuat baju seperti itu.
Tali ikatan ‘hood’ yang menegak kebawah dan gaun yang dipakai Tasha Shilla mempunyai garis melintang dan secara kebetulan, ia menghasilkan simbol ‘t’ dan bukannya simbol salib seperti yang didakwa, jelas Hazwani lagi.
Oleh : MyArtis.My