ENAM buah rumah di tingkat 17 Flat PKNS, di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran jam 4.40 petang tadi. Gambar ini dirakam dari Menara Telekom di Jalan Pantai Baru. - Foto oleh pembaca BH, Alia ZulasminAnggota Bomba dan Penyelamat baru tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 5.36 petang kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
Api masih lagi marak ketika ini.
Sementara itu, kejadian kebakaran berkenaan dapat dilihat dari tingkat empat, Balai Berita, Bangsar.