Tahniah Boy Norul Iman Kini Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Boy Norul Iman yang telah pun bergelar bapa dan menimang cahaya mata sulung pada 20 Jun lalu.

Menurut info dari Media Karangkraf, bayi lelaki comel ini telah dilahirkan di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi bersama pengikutnya di akaun Instagram, menurut Boy Norul Iman lagi, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Boy Iman dan isteri telah diijabkabulkan pada 11.11.11 dalam majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.