Fiza Elite Kini Sudah Bertudung

Pelakon yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah dengan berhijab penuh seperti kebanyakan artis wanita yang lain.


Fiza membuat pendedahan itu menerusi laman Instagramnya dengan menyatakan, “memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia”.

Memang nampak makin cantik dan berseri-seri Fiza apabila mengenakan hijab kan. Semoga Fiza istiqamah dengan penghijrahannya ini dan semoga karier lakonannya berkembang maju dari masa ke semasa.