GAMBAR AWEK BARU ZALIF SIDEK?


ZALIF SIDEK SUDAH TEMUI PENGGANTI FIDA? | BOLEH tahan juga pelakon comel Zalif Sidek ini kalau bab-bab gosip bercinta.

Dia yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan hubungan ‘turun naik’ dengan Fida Ibrahim kini dilihat rapat dengan seorang gadis melalui beberapa keping gambar di sebuah forum hiburan, memetik laporan Rotikaya.



Ternyata dia tidak menafikan hubungan rapatnya dengan gadis yang bernama Syafrina itu dan menyatakan bahawa dia merupakan rakan lama ketika zaman persekolahannya.

Baru bertemu semula, Zalif berkata dia kini berasa selesa berkawan dengan gadis itu.

Pelakon itu juga menyatakan dia tidak akan berselindung jika ditanya soalan mengenai cinta dengan mana-mana wanita.

Baguslah kalau begitu. Lebih baik berterus-terang sekarang, nanti taklah kantoi sana, kantoi sini. Betul tak?