Raja Azmi sah jadi isteri Eddie

Raja Azmi sah jadi isteri EddieMajlis perkahwinan antara Raja Azmi dan Mohd Eddie berlangsung di Istana Budaya. - Foto Shiraz Ali
Kuala Lumpur: Produser, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada bekas anggota kumpulan rock CRK, Mohd Eddie Ghazali, 45, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Laman Santai, Istana Budaya, di sini, malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Mejar (B) Ismail Wan Ahmad dengan berwakilkan wali abang sulung produser itu, Raja Azman Raja Sulaiman. 

Raja Azmi, 54, yang berkahwin kali kedua itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta gelang tangan emas putih berbalas tiga dulang hantaran berupa manis-manisan daripada pihak pengantin lelaki. 


Ketika ditemui, Raja Azmi berkata, dia bersyukur kerana segalanya sudah pun selesai dengan selamatnya.