Orlando – “Anda hanya boleh membayangkannya’’. Itu yang dialami Edgardo Toucet selepas kemaluannya hancur dalam satu kemalangan di tempat kerja pada bulan Januari, kira-kira tiga tahun lalu.
Lelaki berkenaan kini mengemukakan tuntutan saman ke atas majikannya Spartan Staffing atas kemalangan berkenaan.
Peguamnya, Michael Valen memberitahu, alat sulit pemuda dari Puerto Rico itu hancur selepas terkena mesin yang didakwa tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.
Bilah pada mesin berkenaan didakwa dipindahkan secara sengaja sebelum Toucet menggunakannya.
Saman itu juga mendakwa Spartan mengetahui mengenai kejadian sama yang menimpa pekerjanya yang lain, yang turut menggunakan mesin yang sama.
Toucet, tidak menerima sebarang latihan asas mengenai penggunaan mesin berkenaan dan tidak memahami bahasa Inggeris.
Dia hanya diberikan arahan menggunakan mesin tersebut dalam bahasa Inggeris yang mudah dan menggunakan isyarat tangan sahaja.
Toucet yang telah berkahwin dan mempunyai anak itu sebelum ini menerima pampasan pekerja dan kini menuntut tambahan $15,000 dolar lagi akibat kemusnahan yang dialaminya.