(VIDEO) Hero Tangkap Peragut Berlagak Macam Bagus


Hero Tangkap Peragut Berlagak Macam Bagus | Kita memang memuji dan memberi penghargaan kepada orang ramai yang membantu anggota polis membanteras jenayah jalanan paling utama, jenayah ragut.

Agak sukar untuk anggota polis memantau keseluruhan kawasan memandangan kejadian ragut biasanya terjadi di kawasan terpencil dan kesanggupan orang ramai membahayakan diri mengejar dan memberkas penyamun dan peragut.

Tetapi!!

Lelaki di video yang dimuatnaik oleh Malaysia Crime Awareness Campaign di laman Facebooknya ini tidak wajar dicontohi sebaliknya silap-silap dia pulak di belasah.

Menurut keterangan video, seorang peragut telah berjaya di berkas Taman Desa Jaya, Kepong pada 26 Ogos lalu berhampiran Maybank.

Bagaimanapun, waktu kejadian tidak dimaklumkan.

Cuba perhatikan seorang lelaki yang memegang helmet dan tersenyum macam “kera kena belacan” di depan kamera yang dipegang rakan-rakannya.

Keji kan perbuatan dia, cuba memastikan visual dia menendang dan membelasah peragut tu dapat dirakam dan direkodkan untuk menunjukkan dia konon-konon hero lah.

Peragut itu juga manusia, sesudah diberkas serahkan sahaja kepada pihak polis mematuhi undang-undang yang digunapakai dalam negara kita untuk mendakwa peragut itu.

Jika mangsa yang mencuri memukul peragut, saya boleh faham kerana si mangsa marah apabila barang miliknya dicuri tetapi apabila entah siapa-siapa dari mana masuk campur dan membelasah peragut tu lebih teruk kadangkala ada sampai mati, kenapa?

Kenapa perkara itu menjadi budaya di negara kita. Jadilah manusia yang bertamadun kerana kita sudah hampir sampai menuju taraf negara maju.

Kepada lelaki yang jantan di luar sana, jadilah orang yang mematuhi undang-undang janganlah meletakkan undang-undang yang ada di tangan kamu sendiri.

Bukan macam lelaki ini.